PINTU hati pemenang lima emas acara ekuestrian Sukan Sea, Qabil Ambak Mahamad Fathil untuk mewakili negara pada Sukan Sea Korat, Thailand, Disember kini kembali terbuka walaupun sebelum ini meluahkan hasrat menarik diri bagi memberi peluang kepada barisan penunggang muda.
Nyata pujukan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Zolkples Embong berjaya ‘mencairkan’ hati ekuin showjumping yang berusia 27 tahun itu.
Namun kesediaan itu hadir bersyarat iaitu hanya akan hanya mewakili negara jika tiada penunggang lain untuk mewakili Malaysia.
Qabil mendedahkan demikian pada sidang akhbar kejohanan polo Terbuka Malaysia di Taman Ekuestrian Bukit Kiara semalam. Begitu pun adik-beradik Qabil yang lain, Quzier Ambak dan Quzandria Nur dilihat akan kekal dengan keputusan mereka menarik diri daripada Sukan Sea.
Namun tumpuan Qabil ketika ini adalah untuk pusingan kelima Piala Dunia FEI Showjumping Liga Asia Tenggara di Taman Ekuestrian Putrajaya, 9 September ini.
Penunggang kelahiran Selangor itu kini mendahului kedudukan dengan 35 mata, lima di depan Helena Gabrielsson dari Sweden dan abangnya, Quzier dengan 21 mata. Pusingan kelima ini adalah yang terakhir di Malaysia sebelum aksi berpindah ke Hong Kong.
Berita Harian
Wednesday, August 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment