SELEPAS berjaya menyumbang pingat emas buat negara pada Kejohanan Karate-do Senior Asia ke-8, yang berakhir kelmarin, kini dua atlit negara G Yamini dan Lim Yoke Wai semakin yakin dengan kemampuan masing-masing untuk menggalas cabaran negara pada temasya Sukan Sea di Korat, Thailand, Disember ini.
Kemampuan menandingi atlit bertaraf Asia seperti dari Jepun, Kuwait, Iran dan Kazakstan dalam acara kegemaran masing-masing menyerlahkan keupayaan atlit terbabit untuk menguasai saingan di pentas temasya sukan dwitahunan itu nanti.
Pada kejohanan yang disertai 28 negara itu, Yamini menyumbang pingat emas menerusi acara bawah 60 kilogram terbuka wanita manakala Lim Yoke Wai bagi acara bawah 65 kilogram.
Secara keseluruhan, skuad negara yang diwakili 21 atlit meraih tempat kedua di belakang Jepun dengan mengutip empat emas, lima perak dan empat gangsa. Dua lagi emas negara diperoleh menerusi A Vasantha Marial dan R Puvaneswaran menerusi acara kumite kategori bawah 48 dan 50 kilogram.
Yamini, 26, berkata, dia masih belum berpuas hati dengan prestasi kerana terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan lagi terutama dari aspek serangan berbanding aspek pertahanan yang sudah semakin mantap.
“Saya akui masih ada beberapa kelemahan yang perlu saya kemaskan lagi terutama aspek serangan menjelang cabaran di Korat nanti, bagaimanapun saya yakin kelemahan itu dapat diperbaiki kerana ada lebih dua bulan lagi menjelang temasya sebenar.
“Tambahan pula azam saya pada penyertaan Sukan Sea kali ini adalah meraih pingat emas kerana pada dua penyertaan di temasya berkenaan sebelum ini hanya meraih dua perak dan satu gangsa yang dicapai di Manila dua tahun lalu manakala pada 2003, di Vietnam, tanpa sebarang pingat.
“Jadi, harapan saya sasaran kali ini mampu dicapai dan dengan prestasi yang semakin meningkat serta kejayaan pada Kejohanan Senior Asia ini, membakar lagi semangat saya untuk beraksi lebih cemerlang,” katanya ketika ditemui, kelmarin.
Bagi Lim Yoke Wai pula, kejayaan meraih pingat emas menerusi acara bawah 65 kg adalah kejayaan terbaik yang pernah dicapai di pentas antarabangsa.
Atlit kelahiran Segamat Johor berusia 26 tahun ini berkata, misinya kini adalah untuk mengutip pingat emas pada saingan di Korat nanti dalam acara kegemarannya itu di samping membantu pencapaian terbaik bagi acara berpasukan.
Dia mengakui aspek teknikal dan taktikal yang perlu dipertingkatkan lagi bagi memastikan aksi terbaik dapat dipersembahkan di Korat sekali gus merealisasikan sasaran pingat yang disasarkan itu.
Berita Harian

No comments:
Post a Comment