PERSATUAN Polo Diraja Malaysia (RMPA) sudah mengenalpasti 11 pemain dari kelab yang aktif di negara ini sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea di Korat, Thailand, Disember ini.
Pengurus pasukan ke temasya dwitahunan itu, Jamili Rashid berkata, bagi memastikan impian meraih pingat emas dapat dicapai, semua pemain akan dihantar menjalani latihan intensif dua bulan di Argentina termasuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai pendedahan terbaik.
“Kumpulan pertama akan berlepas ke Argentina pada 12 September ini, diikuti kumpulan kedua pada 19 September," katanya.
Keluarga Istana Pahang bakal mencipta sejarah sebagai kerabat diraja pertama negara untuk mewakili Malaysia dalam temasya pelbagai sukan dengan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah; Tengku Amir Nasser Ibrahim, Tengku Shahzrin Tengku Sulaiman tersenarai dalam skuad untuk ke Argentina.
Hayuddin Hamzah, Datuk Mohamed Moiz, Shaik Reismann, Rizal Ramli, Yudy Fadly Jamili, Ali Mazlan, Saladin Mazlan dan Zulhairi Kofli melengkapkan senarai tersebut.
Begitupun, hanya enam pemain yang akan disenaraikan ke Sukan Sea Korat itu.
Jamili berkata, kemasukan semula sukan polo selepas 24 tahun dipinggirkan pastinya menggembirakan pemain dan peminat polo di negara ini yang bersemangat untuk meraih emas.
Kali pertama ia dipertandingkan adalah pada 1983 di Singapura dengan Malaysia muncul juara diikuti Filipina dan tuan rumah, masing-masing perak dan gangsa.
"Ini adalah kali kedua sukan polo dipertandingkan di Sukan Sea apabila Thailand menyenaraikannya, sekali gus mendapat sokongan empat negara anggota Asia Tenggara lain iaitu Malaysia, Singapura, Brunei dan Filipina yang turut mengesahkan penyertaan," katanya.
Sementara itu, kejohanan Terbuka Malaysia ketiga yang bakal dianjurkan selama seminggu mulai Ahad ini di Taman Ekuestrian Putrajaya, akan menyaksikan kehadiran lapan pasukan divisyen A, Jogo Polo, Ranhill Tanamera, Thailand Polo, BDRB, Royal Pahang, Punjab, USA Polo dan La Sarita.
Dua pasukan pula akan bertanding dalam Divisyen B iaitu Kiara Polo dan Kelantan Polo.
Berita Harian
Wednesday, August 29, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
This blog is great with the latest informations needed. I can feel your spirit to our country sport progress, me too! I hope we could share the ideas and support our country together.
Adios!
please add your comment to my blog~
http://malaysiaequestrian.blogspot.com
Post a Comment