Pada Temasya XXIII di Manila 2005, Malaysia pulang bersama 61 pingat emas, 49 perak dan 65 gangsa, sekaligus melepasi sasaran 55 emas yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM).
Bagaimanapun pencapaian negara ketika itu disumbangkan oleh sebahagian besar atlet utama, berbanding pendekatan yang bakal digunakan oleh Malaysia kali ini, iaitu menghantar skuad campuran muka lama dan atlet pelapis.
‘‘Kami belum meletakkan sebarang sasaran spesifik pada Sukan SEA kali ini, namun saya percaya dan berharap kita mampu memperbaiki pencapaian temasya terdahulu.
‘‘Saya yakin pada atlet pelapis kita dan saya percaya mereka mampu memberikan keputusan yang baik walau pun ada yang kali pertama akan beraksi.
‘‘Lagi pun, saya difahamkan kebanyakan negara lain mengambil keputusan untuk mengetengahkan pasukan kedua mereka kerana mahu menjadikan Sukan SEA sebagai landasan pendedahan.
‘‘Malah, saya diberitahu kontinjen seperti Singapura mempertaruhkan sebahagian besar atlet pelapis, namun Malaysia belum lagi berani mengambil risiko seperti itu, sebab itu kita mahu mengimbangi pasukan dengan campuran atlet lama dan baru,’’ katanya selepas melancarkan kempen tanda tangan Malaysia Boleh! di Putrajaya, semalam.
Menurut Azalina lagi, Sukan SEA masih mempunyai standard yang tinggi untuk acara tertentu, malah rakyat negara ini juga meletakkan harapan yang besar untuk kita membawa pulang kejayaan pada temasya itu.
Utusan Malaysia
No comments:
Post a Comment