Tuesday, September 11, 2007

Ragbi intai emas Korat

KUALA LUMPUR – Malaysia memiliki peluang yang amat cerah untuk meraih pingat emas Sukan SEA ke-24 di Korat, Disember ini apabila muncul pasukan keempat terbaik pada Kejohanan Ragbi Tujuh Sebelah Satelit Asia di Sri Lanka yang berakhir kelmarin.

Malaysia hanya kalah dua kali, 14-12 kepada Korea Selatan (separuh akhir) dan Hong Kong 33-0 tetapi berjaya mengejutkan China 15-12, Chinese Taipei 19-12 dan membelasah India 50-0 dalam peringkat Kumpulan B kejohanan selama dua hari itu.

Skuad negara yang bakal ke Korat apabila ragbi kembali dipertandingkan menerusi format tujuh sebelah dalam Sukan SEA sejak Chiangmai 1995, menjadikan kejohanan di Sri Lanka sebagai medan pemanas badan awal selain cuba memperbaiki ranking Asia.

UTUSAN MALAYSIA

No comments: