Wednesday, November 28, 2007

Azalina ucap tahniah

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa bangga dengan kejayaan pasukan menembak raifal prone 50 meter wanita yang menyumbangkan pingat emas pertama kontinjen negara pada Sukan SEA Ke-24 yang sedang berlangsung di Korat, Thailand.

Menurut beliau, kejayaan itu menjadi suntikan semangat kepada pasukan-pasukan lain yang akan bertanding bagi memenuhi sasaran pingat yang ditetapkan.

‘‘Saya cukup bangga dengan kejayaan skuad menembak wanita menyumbangkan pingat emas pertama negara dan begitu juga dengan pingat perak dalam acara individu.

‘‘Ini satu kejayaan yang cukup menggembirakan buat kontinjen negara,’’ kata Azalina pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil semalam.

Pingat emas pertama kontinjen negara dicipta oleh gandingan Nur Suryani Mohd. Taibi, Nur Ain Ibrahim dan Haslisa Hamed bagi acara berpasukan wanita selepas memperoleh 1,775 mata 10 mata mengatasi tuan rumah Thailand yang mendapat perak manakala pemenang gangsa, Indonesia memperoleh 1,743.

Bagaimanapun, amat mengecewakan buat Nur Suryani, juara bertahan, yang melakukan bidikan 587 mata tetapi kehilangan pingat emas individu dengan kiraan semula kepada penembak Myanmar Than Than Saw yang mendapat 587 mata.

Berdasarkan 99 mata diperoleh Than pada tembakan terakhir dalam lima siri, penembak Myanmar itu menang emas mengatasi Nur Suryani yang hanya mendapat 96 mata.

Utusan



Medals Tally

Rank Country Gold Silver Bronze Total
1 Vietnam 2 0 0 2
2 Malaysia 1 1 0 2
3 Myanmar 1 0 0 1
4 Thailand 0 3 1 4
5 Indonesia 0 0 2 2
Last Update: 28 Nov, 08:06 +7 GMT




































No comments: