CHEE Chew Chan menampilkan aksi garang untuk membenam cabaran Bui Thu Hien dari Vietnam dengan kiraan mata 1-0 untuk memenangi pingat emas taekwondo wanita bawah 72kg di Gimnasium Universiti Vongchavalitkul, Korat semalam.
Chew Chan, 23, terpaksa bertarung sengit dengan Thu Hien dan selepas lima pusingan kedua-dua peserta terikat 1-1 sebelum keputusan juri memotong satu mata daripada atlit Vietnam, sekali gus memberikan kemenangan kepada peserta negara.
"Saya gembira kerana berjaya mengulangi kejayaan di Manila dua tahun lalu," kata Chew Chan, 23, yang berasal dari Pontian, Johor. "Ia juga cukup bermakna kerana kini saya sudah memenangi tiga emas dalam empat temasya Sukan Sea.
"Memang saingan cukup sengit, tambahan pula saya berdepan lawan handal dari Vietnam yang memberikan tentangan hebat.
"Pada satu ketika saya berasakan sudah memenangi pertarungan ini apabila mendahului 1-0 selepas tiga pusingan tetapi lawan itu berjaya juga mendapat satu mata pada pusingan terakhir untuk menyamakan kedudukan.
"Tetapi saya gembira juga apabila diberikan kemenangan selepas atlit Vietnam itu dipotong satu mata," katanya yang sudah melayakkan diri ke Sukan Olimpik Beijing selepas memenangi pingat emas di Kejohanan Kelayakan Olimpik zon Asia di Vietnam, awal bulan ini.
Chew Chan beraksi kali pertama dalam Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur apabila membawa pulang emas tetapi dia gagal mengulangi dua tahun kemudian apabila sekadar menyumbang perak di Hanoi.
Tetapi dia bangkit dengan aksi lebih cemerlang untuk kembali memenangi emas dalam kategori yang sama di Manila dua tahun lalu.
BH
Thursday, December 13, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment