Tuesday, December 11, 2007

Sukan Sea: Dua pelumba gagal penuhi impian negara

DUA pelumba basikal bukit negara yang membuat penampilan sulung pada Sukan Sea gagal menempatkan diri dalam kelompok tiga pelumba terbaik bagi acara merentas desa lelaki di Khao Yai Thieng, Korat semalam.

Pencapaian terbaik pelumba Malaysia ialah pada kedudukan kesembilan menerusi Stanly Jalip, yang mencatatkan masa dua jam 13 minit 26 saat, ketinggalan 13.58 minit daripada pemenang pingat emas, Tawatchai Masae dari Thailand.

Nasib malang pula menimpa seorang lagi pelumba negara, Mohd Hafiz Rozli apabila gagal menamatkan perlumbaan setelah tayar basikalnya bocor pada pusingan ketiga daripada lima pusingan perlumbaan itu.


Pada ketika itu, Mohd Hafiz berada dalam kelompok hadapan pelumba iaitu di tempat kelima daripada 22 pelumba yang menyertai acara berkenaan.

Pemenang pingat perak dan gangsa acara itu, masing-masing dimenangi pelumba Filipina, Eusebio Quinones (2:01:58s) dan Nino Surban (2:03:10s).

BH

No comments: