Tuesday, December 11, 2007

Sukan Sea: Yih Wey, Yi Ting tepati ramalan


Ungguli kolam yang menyaksikan Malaysia turut raih gangsa 4x400m lelaki, wanitaLAGU Negara Ku berkemundang di Pusat Akuatik, Stadium Ulang Tahun apabila dua atlit negara, Lew Yih Wey dan Siow Yi Ting, masing-masing memungut emas pertama untuk kontinjen Malaysia di Korat semalam selain dua pingat gangsa dari acara 4x200m lelaki dan wanita. Malah catatan yang dilakukan Yih Wey untuk menjuarai acara 200m kuak lentang iaitu 2 minit 17.39 saat berjaya mengatasi rekod kebangsaan yang diciptanya di Sukma Kedah, tahun lalu, tetapi kurang satu saat untuknya layak ke Olimpik.
"Saya tidak sangka dapat meraih emas malah memecahkan sekali lagi rekod kebangsaan dalam acara ini walaupun baru kali pertama menyertai Sukan Sea," kata gadis berusia 16 tahun kelahiran Port Dickson itu . Pingat perak diperoleh perenang Thailand, Soonthhorn Nimitta yang mencatat 2:20.84s manakala tempat ketiga menjadi milik atlit Singapura, Lim Jia Yi dengan catatan 2:21.43s. Dalam acara 200m individu rampaian, Yi Ting menepati ramalan Persatuan Renang Amatur Malaysia (Asum) apabila mencatat 2:18.52s, lebih dua saat daripada catatan terbaik dirinya.
Lebih manis, catatannya itu membolehkan dirinya bersaing di Olimpik tahun depan kerana mengatasi had kelayakan 2:19.97s untuk Kategori B. "Saya sedikit kecewa kerana sedikit saja lagi pasti dapat layak ke China tahun depan secara merit. Namun masih banyak kejohanan yang boleh disertai untuk memastikan saya layak secara merit. Saya berharap Selasa ini akan dapat meraih emas dalam acara 400m rampaian individu kerana ia adalah tarikh lahir saya," katanya. Bagaimanapun, catatan masa itu sudah cukup untuknya mengalahkan perenang Singapura, Tao Li yang mencatatkan 2:20.80s dan peserta tuan rumah, Soonthorn Nimitta yang sekadar mencatat 2:21.22s. Yih Wey yang kembali turun ke kolam dalam acara ini, hanya menduduki tempat keempat dengan catatan 2:22.34s. Dalam acara 4x200m gaya bebas, perenang negara yang dipimpin Daniel Bego, sekadar menduduki tempat ketiga dengan catatan 7:43.28s di belakang Singapura di tempat pertama dan Thailand di tempat kedua.

Pasukan 4x200m gaya bebas wanita turut menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 8:27.13s di belakang Thailand dan Singapura.


Berita Harian

No comments: